Jumaat, 31 Disember 2010

TAHUN BARU

Selamat tahun baru kepada semua......
Semoga tahun 2011 akan lebih bermakna kepada kita semua...

Rabu, 22 September 2010

UPSR 2010

Selamat Berjaya,

Kepada semua murid-murid SK Padang Tembak 2,
Semoga beroleh kejayaan cemerlang dalam UPSR 2010.
Kami warga guru SK Padang Tembak 2 sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Sabtu, 3 Julai 2010

HARI TERBUKA SKPT2 2010

Pada 02 Julai 2010 yang lepas telah diadakan Hari Terbuka di SKPT2. Pada hari ini ibu bapa dan penjaga murid-murid SKPT2 telah hadir ke sekolah untuk mengambil buku kemajuan pelajaran anak mereka.
Berikut gambar sekitar Hari Terbuka tersebut :

Sabtu, 26 Jun 2010

Sekitar Kejohanan Sofbol MSSM 2010, di Baling, Kedah DA




Selamat Datang......

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua....


Pada 6 Jun 2010 yang lalu Pasukan Sofbol MSSWP Bawah 12 Tahun telah bertolak ke Baling, Kedah Darul Aman untuk menyertai Kejohanan Sofbol MSSM. Rombongan seramai 30 orang murid ( 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan ) bersama 6 orang pegawai bertolak dari SK AU Keramat pada pukul 8.30 am dan tiba pada pukul 4.20 pm. Kontinjen ini berada di Baling selama 6 hari. Bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada 12 Jun 2010.


Keputusan Penuh perlawanan yang melibatkan Team MSSWP :


Lelaki Bawah 12 Tahun :

Peringkat Kumpulan :

MSSWP vs MSS Negeri Sembilan - menang 12 - 6

MSSWP vs MSS Johor - kalah 2 - 5

Peringkat Suku Akhir :

MSSWP vs MSS Selangor - kalahh

Perempuan Bawah 12 Tahun :


Peringkat Kumpulan :

MSSWP vs MSS Terangganu - kalah 2 - 3

MSSWP vs MSS Pahang - menang 8 - 3

Peringkat Suku Akhir :

MSSWP vs MSS Kedah - kalah

MSSWP vs MSS Negeri Sembilan - kalah

* Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pengurusan Team MSSWP.